Sunday, May 8, 2011

UiTM Machang, Kelantan.

Aku buka lah nuffnang aku lepas tu nampak nie. Nie mesti bakal-bakal pelajar UiTM yang search pasal UiTM. Mesti korang neves kan nak sambung belajar? Hehe. Aku dulu pun macam tu jugak. Neves gila okayyyy ! Yela, dah lah tempat tu kita taktau macam mana rupa dia. Lepas tu persekitaran baru lagi. Fuhh memang cuak. Eyh jap jap, ada pulak yang search macam mana nak lupakan ex? Haha. Sangat hebat korang nie. Nak lupakan ex pun search dekat internet ye :P Ehem, saya nie bukan pakar cinta lah. Bercinta pun tak, nak nasihat orang apetah lagi.

Berbalik kepada cerita UiTM Machang. Aku masa mula-mula masuk sini pun kerja aku asyik nangis je. Seminggu pulak tu. Haha. Ini cerita betul, bukan setakat nak gebang-gebang dekat korang je eyh. Sikit-sikit call mak asyik cakap nak tukar tempat belajar je. Mana taknya, masuk sini satu haram yang diorang cakap pun aku tak paham. Lepas tu aku nie kan sikit-sikit homesick, biasalah orang mengada memang macam nie. Ditambah pulak masa tu ada problem sikit dengan kawan aku. Tapi kejap jelah problem tu, sekarang okay dah. I love you Farah ! *tetibe*

Dah dua sem duduk sini. Alhamdulillah, okay je. Ramai je kawan sekarang tau. Ehem, siapa cakap duduk Kelantan tak boleh nak have fun? Meh aku sekeh kepala dia ! Haha. Orang-orang Kelantan yang aku kenal semuanya baik je tau. Sebenarnya semua nie depends on diri kita sendiri jugak. Pandai-pandailah cari kawan ye :)

Ini adalah kad matrik. Okay tak lawak.

Ini pintu depan UiTM Machang. Ada dua pintu, satu untuk masuk dan satu lagi untuk keluar. Yang nie bukan gambar full. Hanya gambar bahagian kiri pintu depan UiTM kitorang. Apa-apa event besar mesti letak banner macam dekat gambar atas nie. Masa gambar nie diambil, ada pilihanraya MPP. Apa itu MPP? MPP atau nama sebenarnya Majlis Perwakilan Pelajar. Diorang nie kira macam wakil rakyat lah. Mendengar suara hati pelajar UiTM. Cehwahhh.haha.

Dan ye, kalau kau jadi MPP memang kompem akan dikenali oleh semua pelajar UiTM Kelantan termasuklah pelajar di kampus Kota Bharu dan juga semua staff UiTM. Dibawah MPP, ada banyak pemimpin pelajar yang lain pulak. Bermula dengan komander, JPK (Jawatankuasa Perwakilan Kolej), Kelab Akademik, Kelab Non-akademik dan juga PM (Pembantu Minggu Destini Siswa).

Komander nie tugas diorang memang berat dan selalunya ada lah jugak orang tak suka diorang. Kesian kan? tapi aku suka je semua komander aku. Lalala. Korang memang wajib akan jumpa korang punya komander masa part 1. Kalau nasib baik, korang akan dapat KO Kesatria, dan korang hanya akan jumpa komander-komander nie masa part 1 je. Lepas daripada part 1, boleh pilih nak ambil KO lain pulak. TAPI siapa dapat KO selain Kesatria memang kena tahanlah sikit sampai Part 3.

JPK pulak diorang under kolej. Best jadi JPK sebab memang kompem akan dapat kolej. Untung memang untung tapi tugas diorang pun agak berat. Senang cerita siapa yang jadi pemimpin pelajar nie tugas diorang memang kompem berat punya lah. Kalau Kelab Akademik pulak, yang nie memang DIWAJIBKAN jadi ahli. Contohlahkan, kalau dapat Diploma Pengurusan Bank, memang wajib masuk Kelab D'banquers. Ehem siapa-siapa yang dapat D'banquers tu, memang kompem jumpa aku masa part 1 :D

Kelab Non-akademik pulak ada banyak, tak silap aku seorang pelajar limit dia boleh masuk tiga kelab yang dia nak. Tapi kalau takde Kelab Non-akademik pun takpe. Kelab Non-akademik paling femes dekat UiTM Machang nie ialah Kelab C.U.T.E dan Kelab IMAN. Kelab C.U.T.E tu pulak ada banyak cabang : modelling, lakonan, nyanyian, tarian, MC dan lain-lain lagi. Yang Kelab IMAN pulak dia jenis berbentuk keagamaan. Kelab yang aku pegang pulak ialah Kelab Peers. Err nak aku cerita satu-satu ke? Macam malas lah pulak.haha.

Kita skip bahagian tu. Sekarang sambung pasal tempat yang akan korang belajar pulak. Dekat UiTM Machang nie ada empat bangunan untuk kuliah. Blok A, B, C dan D. Blok D blok paling baru. Serius, suka gila kalau kelas dekat sini. Blok A tak best sikit sebab bukan semua kelas ada air-cond. Haha. Kalau blok C pulak selalunya digunakan oleh pelajar AD ( Art and Design).

Yang nie blok pentadbiran. Cantik kan? Masa first time aku datang sini pun aku macam terpegun jap. Serius memang lawa ! Bahagian Foyer Pentadbiran selalunya dijadikan tempat ambil gambar kelas. Bilik lecterur pulak sama ada dekat blok pentadbiran, blok C dan jugak blok D. Tapi majoriti lecterur punya bilik dekat Blok D.

Untuk kolej pulak, semua pelajar Part 1 UiTM Machang memang diwajibkan untuk duduk kolej. Ada lima kolej dekat sini, TAR dan TR untuk pelajar lelaki manakala THO, DO dan TDM pulak untuk pelajar perempuan. Gambar dekat atas nie kolej TDM merangkap kolej aku. Kalau nak tau, kolej TDM nie satu-satunya kolej yang macam apartment dekat UiTM Machang dan kolej nie adalah kolej paling baru dekat sini.

Ohh nak ingatkan, kalau korang dapat kolej selain daripada kolej TDM korang WAJIB ada baldi. Kenapa wajib? Haha malas lah nak cerita kan :P Dan kena ingat, bukan semua orang akan dapat kolej. Hanya pelajar yang layak sahaja boleh duduk dekat sini bergantung kepada kupon aktiviti yang korang ada untuk sem itu, jawatan, pointer/result exam dan juga gaji parents korang. Tapi rasanya gaji parents adalah list yang tak berapa nak penting. KOT lah kan.

Lain-lain :
Van nie dikenali sebagai tenggiling. Jangan tanya aku kenapa nama dia tenggiling. Aku sendiri pun taktau.

Library kitorang. Yang tangga belakang tu dikenali sebagai tangga batu caves.haha. Dan tangga tu ada 154 anak tangga. Fuhh, siapa yang rasa nak berjimat taknak naik tenggiling sila-silalah naik tangga keramat nie ye -___-"

Blok D yang sememangnya lawa dan baru.

Unit kesihatan. Kalau korang sakit bolehlah pergi sini. Aku pernah pergi sini sekali je pun. Kalau korang rasa nak MC lama-lama tak payah mimpi lah ye. Susah sikit nak dapat ataupun senang cerita memang takkan dapat. Haha.

Kalau nak lagi paham pasal UiTM Machang nie korang bacalah BLOG INI. Dia punya detail lagi bagus. Aku nie dah macam ke laut je. Hahaha. Oh btw, selamat datang kepada semua pelajar intake Mei 2011 ke UiTM Machang, Kelantan ! Tahniah kerana menjadi pelajar UiTM :)

*Gambar dalam entry ini semuanya memang dari aku dengan kawan-kawan aku sendiri. BUKAN carian google ye. Dan kalau ada silap info dalam entry nie, tolong bagitahu dan betulkan eyh :)